Wednesday, July 4, 2007

Gambar-Gambar Di MacRitchie
































Puisi Rakan Saya

Daun cempedak gugur ke bumi.
Bentuknya sungguh menarik sekali.
Hatiku lembut seperti daun ini.
Ku mahu mengikutnya tetapi ku harus pergi.

Thursday, June 7, 2007

Kembara Sastera di MacRitchie



Tarikh: 7hb Jun 1007

Pada hari Khamis, Cikgu Muslim telah mengajak kelas bahasa Melayu saya pergi ke MacRitchie untuk mengembara. Saya terjaga dalam pukul 6.15.Saya pun bersiap sedia untuk pergi ke tempat perjumpaan kami di pusat pertukaran bas.Tapi malangnya, saya terpaksa berjalan kaki ke sana kerana duit tambang saya kekurangan.Saya pun tiba di sana lewat.Selepas pelajar-pelajar kelas saya tiba, kami pun berangkat ke sana.

Setibanya di MacRitchie, Cikgu pun mem bawa kami ke tempat permulaan.Rancangan kami ialah untuk pergi ke Jambatan atas pokok tetapi telah ditutup dan hanya boleh dibuka pada 9 Jun. Kami pun mengekori laluan Jelutong. Setelah penat berjalan selama 25 minit, kami pun berehat di "pit-stop" pertama. Kami pun membuat latihan yang diberi Cikgu sambil merehat.

Kami pun menyambung perjalanan kami sekali lagi.Setelah penat berjalan, kami pun telah sampai ke destinasi kami:- "Jelutong Tower". Kami pun menaiki tangga untuk sampai di atas menara itu. Saya pun tercengang apabila ternampak keluasan MacRitchie.Itulah kali pertama saya menaiki menara tersebut dan berasa puas hati kerana dapat menaiki menara Jelutong itu walaupun penat berjalan dan cuaca panas.

Kami pun berjalan balik ke hentian terakhir, dan sebelum kami ke sana, kami telah diberikan satu tugas iatu menciptakan sebuah puisi bersama pasangan saya, Elyas. Sebelum berangkat pulang, setiap pasangan harus mempersembahkan puisi mereka.
Puisi ku
Daun Cempedak Gugur Ke Bumi,
Ditiup Angin Ditepi Kali,
Riak Membawa Dirimu pergi,
Ingin Ku Ikut Dirimu Pergi
Apabila kami hendak menuju ke perhentian bas , kami terserempak dengan seekor monyet yang hendak mengejar saya. Sebelum kami bersurai, Cikgu Muslim telah membelanjarkami sekelas memakan Pizza. Kami memakan hingga ke petang. Saya berasa amat seronok pada hari itu.